Ahad, 30 Januari 2011

Update terkini : Protes di Mesir.



Berikut adalah update dan gambar2 protes di mesir.

1. Rakyat mesir teruskan protes untuk hari ke enam.

2. Bekalan eletrik dan internet terhalang untuk menghalang berita protes keluar dari negara mesir (usaha akhir mengekang protes mesir dari tersebar luas). Namun tidak mematahkan semangat rakyat Mesir.

3. Aljazeera masih melaporkan protes rakyat mesir meskipun mereka telah di arahkan menutup pejabat mereka di kaherah atas sebab2 keselamatan. (klise, bukan di arahkan tutup atas sebab2 keselamatan, ttp disebabkan aljazeera melaporkan berita benar bhai)

4. TV Mesir dilaporkan memberikan berita palsu kepada rakyat mesir. (insiden tidak benar tentang protes rakyat terhadap pemerintahan hosni mubarak).

5. Hingga saat ini 8 rakyat mesir di sahkan terkorban akibat protes yang berterusan dan beribu2 yang lain tercedera kerana bertekad menjatuhkan rejim zalim hosni mubarak.

6. ISRAEL (baca betul2) sokong hosni mobarak. ISRAEL juga tidak mahu hubungan 3 dekad dengan mesir terputus angkara protes rakyat mesir terhadap hosni mubarak.

7. ISRAEL juga MEMBERIKAN JAMINAN (baca betul2 bhai) bahawa MEREKA sedang PANTAU (pantau tue bhai) dengan dekat protes yang berlangsung di mesir.

8. Semua rakyat Malaysia di Kaherah selamat.

9. Malaysia belum bercadang membawa pulang pelajar/rakyat Malaysia di Kaherah ke Malaysia semula. Namun menasihatkan rakyat malaysia menjauhi kawasan2 yang berisiko tinggi dan jangan menyertai sebarang protes rakyat mesir terhadap pemerintah mesir.

10. Kedutaan US mengarahkan rakyat US segera pulang ke negara semula berikutan memikirkan aspek keselamatan.

11. Hosni Mubarak telah melantik naib presiden yang baru iaitu omar suleiman.

12. Ramai menjangka perlantikkan naib presiden adalah salah satu pelan peralihan kuasa.

13. Hosni mubarak tidak pernah melantik naib presiden selama dia memerintah mesir selama 30 tahun.

14. Mesir sekutu kuat bagi Israel dan US.

15. Ahad adalah hari berkerja di mesir tetapi bank dan bursa saham di mesir masih ditutup berkutan protes rakyat Mesir.

16. Kumpulan pembebas Mesir (Kumpulan protes Mesir) menyerang sekurang2nya 4 buah penjara dan membebaskan lebih dari 1,000 banduan termasuk militan islam. (militan islam? waklue, mereka pejuang dan penjihad bhai, asal islam je lue nak cakap militan, g mampuslah dengan gelaran tue)

17. Mesir tutup pintu sempadan dengan Rafah.

18. Jutawan Mesir dan Keluarga kaya sudah mula meninggalkan Mesir.

19. Tentera Mesir berjanji meningkatkan kawalan keselamatan.

20. Revolusi tunisia juga menjadi salah satu punca semangat rakyat Mesir untuk menentang pemerintahan zalim.

Berikutan internet yang sangat teruk, saya tak boleh upload/kongsikan gambar2 yang disumbangkan oleh salah seorang sahabat facebook saya di sini. Namun saya akan upload kelak ble internet dah okey semula. Sementara itu boleh klik sini untuk lihat gambar2 protes mesir yang lain.

Updated : 31 jan 2011.

terbaru dari mesir :

protes hari ketujuh.

1. Ramai warga asing sudah mula meninggalkan mesir atas langkah2 keselamatan

2. polis dan tentera tidak berupaya untuk mengawal keselamatan di beberapa buah tempat atas faktor2 kekurangan tenaga kerana ada polis dan tentera yang terlibat dalam rusuhan tersebut, dan ada polis dan tentera yang memberikan kerjasama kepada perusuh2 terbabit ( kira se geng la neh anti-hosni)

3. perusuh dan pejuang kebebasan mesir semakin bersemangat utk teruskan protes meskipun dihambat kekangan elektrik, makanan, ancaman, ubatan, dan kawalan internet.

4. hosni di jangka akan berambos dari mesir dalam masa terdekat.

5. parti islam di gesa utk diberikan mandat berkerjasama dengan parti pembangkang utk mengambilalih mesir.

6. Baru dapat informasi via blog dengar citer ada pelajar yang dirogol. Dan mereka cakap yang dirogol tu adalah pelajar malaysia. [sila jgn percaya dulu, mungkin provokasi utk melaga2kan umat malaysia dengan umat mesir].

7. rakan2 dari mesir bagitau yang terkorban adalah lebih dari 8 nyawa. berita di tv melaporkan 8 sahaja yg terkorban tapi angka sebenarnya ialah lebih dari itu, dan beratus2 org lain yang di tembak.

8. beberapa balai polis dan lapangan terbang alex dibakar. Lapangan terbang yang lain pula sesak dengan mereka yang mahu pulang ke negara masing2.

9. terdapat ramai rakyat malaysia yang terkandas di airport dan jika gagal utk berlepas pulang ke malaysia, mereka akan pulang semula ke hostel/negeri masing2 di mesir.

10. kementerian kita masih enggan membawa balik pelajar malaysia. ada rumours mengatakan ia membabitkan masalah kewangan. aik betul ka? macam tak logik plak.

11. Dapat tahu gak, harga tiket 7kali ganda naik beb. Fuh. Dasat. mana lah pelajar kita nak cari duit utk beli tiket.

12. website mesir utk tempah tiket pun takley dibuka. (laporan dari member2 fb)

13.kementerian kita harus didesak utk bawa pulang pelajar dan rakyat malaysia ke malaysia semula. 11,000 rakyat malaysia berada di mesir kini. Mmg kementerian cakap tiada keperluan tetapi eloklah bawa pulang semula sebab ahli2 keluarga mereka kat sini dah risau amat2 neh.

Posting ini akan menjadi panjang kerana akan di update dari semasa ke semasa.

Ameno : Seronok betul aku tgk umat islam dah bangkit semula. Lue, israel lue sapa nak pantau2 negara orang? G mamposlah lue. Lue bunuh org islam mmg lue pandai, lue tgk macam mana lue mampus kelak... tak sabar2 nak gelak pada hari kemamposan lue.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...