Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 30 Januari 2011

Analisis penuh PRK Dun Tenang.

Berikut adalah analisis PRK bagi Dun Tenang.

Calon yang bertanding :

Mohd Azahar 39tahun UMNO
Normala sudirman 38tahun PAS

Keputusan akhir :

Azahar mengalahkan Normala Sudirman dengan majoriti :
3,707 undi.

Peratusan keluar mengundi :

rekod berita bebas : 67%

rekod SPR : 71.71%

Jumlah keluar mengundi :

10,579 pengundi daripada 14, 799 jumlah pengundi berdaftar.

BN [Azahar] : 6,699 undi
PAS [Normala Sudirman] 2,992 undi
Majoriti : 3,707 undi
Undi rosak : 142 undi

Berikut adalah apa yang disimpulkan oleh analisis awani sebentar tadi.

7% pengundi BN bertambah berbanding 2008.
5% - 8% pengundi melayu mula kembali menyokong Umno / BN.
Pengundi india juga mula kembali menyokong BN.
Pengundi cina tidak berubah. Konsisten memilih dan menyokong pakatan rakyat.

3 peti undi di kawasan majoriti cina memilih untuk memangkah PAS.
Peti undi kawasan majoriti melayu kekal memilih untuk menyokong Umno.

2,492 undi adalah majoriti kemenangan BN pada PRU-2008. Ini bermaksud pengundi yang mengundi BN pada kali ini telah meningkat dari segi majoriti.

5,000 majoriti adalah ramalan Najib tetapi tidak menepati sasaran.

Kedua2 jentera parti masih kekal menggunakan isu2 tidak relevan untuk meraih undi penduduk dun tenang.

Kemenangan BN memang sudah di jangka, walau siapa pun calon yang di letakkan di dun tenang kerana kubu kuat BN di johor di samping jentera2 parti digunakan/diturunkan sepenuhnya oleh BN.

Keputusan lewat keluar berikutan banjir di sekitar dun tenang.

Lebih 1,000 penduduk tenang dipindahkan ke pusat banjir.

Proses pengundi berakhir jam 5 petang.

SPR tidak melanjutkan proses pengundian meskipun banjir.

Sasaran 82% keluar mengundi di dun tenang tidak tercapai disebabkan masalah hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan.

Info berita :

Terdapat beberapa org yang terperangkap di pusat pengundi labis. Mereka terdiri daripada aktivis kerajaan, aktivis pembangkang, kakitangan SPR dan orang awam berikutan jalan utama dinaiki air. [terperangkap, tak boleh keluar sebab air naik]

Ameno : Internet problem.. susah nak upload gambar.. mungkin pasal hujan.

Share this

12 Responses to " Analisis penuh PRK Dun Tenang. "

  1. pretty good analysis. aku pun tadi dok usya awani gak since diskusi dorang tak berbunyi terlalu 'melobi'. cuma aku teringat anwar ada keluar statement media mengatakan pilihanraya sarawak perlu dijalankan serentak dengan PRU. aku rasa kalau ini menjadi kenyataan maka kedua-dua pihak akan dapat bersaing dengan lebih adil dan lebih jantan kerana pecahan dominasi kempen akan berlaku secara nationwide dan isu lebih besar dapat dibentangkan supaya tak ramai pengundi yang boleh digula-gulakan sewenang-wenangnya oleh para pemain politik. harapan aku begitulah.

    BalasPadam
  2. Salam perjuangan bro.... terima kasih atas info yang bermutu ...baik dari ladang nie.... wa sallute lu bro..
    Kalah di Tenang, tidak bererti rakyat tidak mahukan perubahan pemerintah... Kita berusaha.. Allah Pemilik keputusannya... berserahlah kepada Allah... mungkit kita belum lebih baik untuk diamanahkan....
    Tapi harus di ingat.....
    PERJUANGAN TERUS BERJUANG....
    KEADILAN HARUS DI TEGAKKAN...
    SALAM PERJUANGAN BUAT LU BRO
    Semoga keberkatan dari Allah melimpah ke lu....

    BalasPadam
  3. Good. teruskan mengulas secara professional. bukan emosi.

    yg ini mmg aku setuju dan harap dua2 pembangkang dan pro-kerajaan buka mata:

    "Kedua2 jentera parti masih kekal menggunakan isu2 tidak relevan untuk meraih undi penduduk dun tenang"

    Tolonglah, PAS ke UMNO ke PKR ke, sudah2la jadi budak2. Perjuangkanlah nasib rakyat bukan nasib peribadi pemimpin2 sahaja.

    BalasPadam
  4. assalammualaikum..

    thanx for this info.

    kalah dalam PRK Tenang tak bererti akan kalah di PRK laen atau PRU.sama2 lah kita berdoa agar perjuangan islam itu sentiasa subur dan diredhai Allah.

    tanggungjawab seorang pemimpin sangat berat.semoga ADUN bekerja dengan lebih berdedikasi dan ikhlas kerana ALLAH swt insyaALLAH.

    BalasPadam
  5. woot~~

    pengundi cina menyokong PAS.
    adeyh..melayu pn xsokong PAS.no komen r..~~haha

    BalasPadam
  6. tahniah Azahar, tak sia-sia kami semua turun bersatu dari sekitar DUN Tenang dan luar Johor untuk membantu anda berkempen. kami percaya anda membawa perubahan

    BalasPadam
  7. tengok jelah nanti mcm mane al tu merintah.. (TAHNIAH RAKYAT TENANG DAN X TENANG KERANA TANAH ANDA BAKAL DI JUAL DGN TIDAK SENGAJA !!!!!) -ramad-

    BalasPadam
  8. tahniah BN kerana memenangi pilihanraya Dun Tenang..

    hidup BN..

    Pas kalah bukan sbb PAs x bagus.. tapi sebab pas berada dalam pakatan rakyat..

    rakyat tolak pakatan rakyat bukan tolak Pas..

    harap Pas dapat teruskan perjuangan asal yang terang tanpa putar belit lagi..

    BalasPadam
  9. pas berjuang bukan nk kemenangan semate. tetapi untuk mencapai redo ilahi..

    menang kalah bukan alasannya,
    kekalkanlah niat dihati,
    agar menegakkan daulah islamiah.

    moga ALLAH tunjukkn kiter semua kejalan NYA yg lurus dn diberkati

    BalasPadam
  10. Alhamdullillah BN menang. Moga perancangan untuk membawa Malaysia ke tahap seterusnya akan berjaya. Mari bersama menuju wawasan 2020! Merdeka! Merdeka! Maju! Maju!

    BalasPadam
  11. pas berjuang bukan nk kemenangan semate. tetapi untuk mencapai redo ilahi..

    menang kalah bukan alasannya,
    kekalkanlah niat dihati,
    agar menegakkan daulah islamiah.

    moga ALLAH tunjukkn kiter semua kejalan NYA yg lurus dn diberkati

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...